lontaran kata,luahan jiwa,jeritan minda...luahkan saja persetan dengan kata mereka...kerna mereka tidak faham apa yang aku rasa ketika ini...

CJ ii



   Suasana Abasiah bergerimis dengan hujan kesimbungan dari malam tadi. Matahari seperti malu membentangkan cahayanya. Pagi agak kelam walaupun jam menunjukkan 9 pagi. Sungkai belum habis menangis lagi. Matt menghelakan nafas panjang. Memikirkan perutnya masih belum terisi, serba tak kena jadinya. Hanis masih tak nampak kelibat. Janjinya nak ke pasar minggu pagi ini masih terngiang di telinga. "Ada kerja kot" detak fikiran Matt cuba positif.
 
   Matt melabuhkan punggung atas motor Hanis sambil matanya meneliti kondusi motor jenis Suzuki FXR 150cc. Tangan memulas throttle membayangkan seperti menunggang. Kemudian matanya melebarkan menghala ke jalan besar yang berada di hadapan depan sekolah. Sekali sekala kenderaan berlalu satu persatu dalam suatu masa memecahkan kesunyian.
  Hujan kian reda. Dari jauh terlihat kelibat tiga wanita betudung labuh menuju keluar ke pintu pagar arah jalan utama. Baki murid Abasiah yang masih belum balik bercuti kerana dalam progress menduduki peperiksaan SPM. Di perhatikan Matt dari jauh gelagat mereka jalan berborak selang seli iringi gelak tawa menuju hampir keluar pagar sekolah.
"Hoi agak-agak la ushar awek." Sapaan dari belakang
Matt bepaling belakang dengan kening double jerk.
Sapaan dari Hanis tampak riak sengih.
   Matt masih tercangak diatas motornya dengan muka kedu.
"sorry la lambat sikit, aku bagi ikan makan tadi." Hanis mehembus ayat pujuk khuatir hati Matt panas walaupun atmosferera masih dingin bawaan hujan besama sisa pagi.
"Hmmm.. hang lebih sayang ikan dari aku kawan hang ni"
Hanis sengih segaris.
 "Alahai hang tadi sayup je tenung awek depan nun." Balas Hanis menjuih mulutnya.
 "Abis, aku nak tenung apa lagi? Motor buruk hang ni?" Sindir Matt.
Ketawa sinis.
"Hang kalau nak, aku boleh je kenalkan depa kat hang." Hanis buka tawaran.
"Hishh..! Tak sio teman" Balas Matt spontan sambil mengimbangkan motor kian tidak stabil posisinya.
"Kalau aku nak, aku tak perlukan petolongan hang. Aku gentle je beb." Kening double jerk dabik Matt .
"Yela.. Hang kan kegemaran janda-janda." Sindir Hanis seiring mimik muka loya.
Ketawa pecah.
"Bak sini kunci." Matt menghulur tangan hala Hanis meminta.
Hanis mengagar poket seluar mencari kunci.
"Nah!"Hanis melambungkan kunci ke arah Matt.
Gotcha
"Jom!"





No comments:

Post a Comment