Dedaun Pohon mengalun lembut dibadai angin pantai seiring dengan desiran ombak. Langit kelihatan cerah dengan cahaya bulan malam ini. Sesekali terlihat ketam dan umang umang berlari dibawah cahaya malap bulan di pantai.
Matt masih tekun manahan haba bara api terus tenang membelek ketul ayam diatas jaring. Kadang kala pandangannya dicampak arah laut menikmati suasana tenang Teluk Senangin tika ini.
Ali terus mengerjakan tugasannya membuat unggun api. Dicapai ranting kayu berdekatan khemah untuk disusun diatas api yang semakin marak. Uncang kopi dimasukkan dalam kole besi bersama air lalu diletakkan atas susunan batu ditengah unggun api. Kaca matanya sering diangkat untuk menenyeh matanya pedih kadangkala terkena asap.
Han baru sahaja selesai solat isyak berhampiran khemah terus menuju ke arah pantai tanpa menghiraukan Matt dan Ali. Kakinya terhenti hampir diantara gigi air ombak yang membadai. Matanya menyapu sekeliling sambil kepalanya mendongak melihat bintang germalapan. Kemudian matanya tertumpu pada teluk hujung pantai yang kelihatan tidak keruan ombak membadai batu keliling teluk itu. Dentuman kuat ombak seperti amarah mengambarkan gelojak jiwa Han tika kini.

Pertunangan Han dengan Zalikha putus disaat akhir majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung sebulan lagi. Konflik hubungan mereka berpanjangan sehingga akhirnya menemukan jalan buntu. Mereka bersepakat untuk membawa haluan masing- masing walau berat hati Han namun terpaksa dia telan.
"Woi Hannn!". Jerit Matt dari jauh. Han tersentak terus berpaling kepalanya ke belakang ke arah Matt.
"Menung jauh nampak, marilah lepak sini". Pelawa Matt dari jauh.
Han tanpa berkata sepatah terus menuju ke arah Matt sambil senyum segaris.
Matt sememangnya memahami gelojak jiwa Han tika gini. Tujuannya mengajak Han ke sini pun agar dia berharap Han dapat mencari ketenangan disini.
Bila tekanan tinggi, kita cari ruang. Fizik.
"Nah kopi." Ali menghulurkan kole yang berasap panas berisi air kopi kepada Matt. "Thanks." balas Matt segaris sambil tangannya menyambut kole tersebut lalu diletakan disisinya untuk dibiarkan kopi itu suam sedikit. "Han, main satu lagu, aku nak nyanyi." pinta Matt yang sedang lihat Han cuba mencari bunyi tona tali gitarnya satu persatu. "jap." balas Han ringkas sambil mukanya berkerut serius sambil jarinya terus memetik satu persatu tali gitar untuk mencari bunyi tona yang sempurna.
"Nak lagu apa?" Tanya Han.
"The man who sold the world." pinta Matt lagu dari David Bowie.
Han membuka kotak rokok nusantaranya dari kocek baju kirinya lalu diambil rokok sebatang bawa kepit ke bibir kemas. Lighter dinyala lalu dicucuh rokok di bibirnya. Asap rokok mula menerawang sekeliling. Han memulakan petikan gitarnya.
*intro gitar
We passed upon the stair
We spoke of was and when
Although I wasn't there
He said I was his friend
Which came as some surprise
I spoke into his eyes
I thought you died alone
A long, long time ago
Oh no, not me
I never lost control
You're face to face
With the man who sold the world