"Matt!.. Matt!.. oii.. bangun!" Suara Hanis berdesup masuk ruang mimpi tidur Matt. Pelahan Matt bangun buang selimut dari tubuh. Sambil mengeliat, mata terpinga-pinga menyapu ruang bilik yang agak kelam cuma simbahan cahaya dari tingkap bilik melihat kelibat Hanis. Agak lambat simtom otak mengagak lokasinya berada kini. Setelah beberapa saat otak mencerna, barulah Matt sedar cerita malam tadi jamming di bengkel bapa Hanis di Bidor. Sekarang berada di Sekolah Menengah Ma'ad Abasiah Sungkai lepas habis selesai seisi jamming lewat malam.
Itupun atas ajakkan Hanis, Matt bermalam disini.
"Kau tidur kat sungkai je la Matt. Dah lewat ni. Lagipun hujan tu. Kau dah la datang naik motor". Pelawaan hanis malam tadi. Matt tak punyai pilihan sebab kebenarannya. Pulang ke Temoh agak merbahaya tika hujan gerimis pada tengah malam gini. Jalan gelap satu hal. Dah banyak kes Matt dengar orang kemalangan rempuh binatang berkeliaran waktu malam dilaluan jalan balik ke Temoh terutamanya waktu malam. Solusi terima ajakan Hanis dilihat lebih bernas. Hanis adalah warden dan guru di Ma'ad Abasiah. Dengan adanya Matt bermalam disini, boleh menjadi teman borak. Tidaklah sepi bosan seperti selalunya.
KLIK! Suis lampu bilik dihidupkan Hanis. Tersergam isi dalam bilik benderang cahaya lampu. Perabot cuma ada almari baju disudut bilik dan katil bujang tempat Matt beradu malam itu. Hanis hanya tidur dibawah lantai berlapikkan cadar kerana ruang katil terhad. Korban keselesaan untuk tetamunya malam itu.
"Pukul berapa dah?" Matt melontarkan perkataan pertama bicara pagi sambil tangan dibawa ke mulut menahan kuap.
"Pukul 5 setengah dah Matt" Hanis membetulkan kain pelekat gajah duduk di pinggangnya.
"Cepat mandi, kita pergi surau" Arah hanis sambil lemparkan tuala putih kearah Matt. Hanis yang sudah selesai siap mandi, mengenakan baju melayu kelabu ke tubuh sambil bau harum minyak kasturi menerawang pelusuk bilik.
"Aku lapar la anih" Rengek Matt.
Hanis seakan-akan malas melayan kerenah Matt menuju ke almari mencapai kopiah putih telingkupkan ke kepala menyesuaikanya .
"Pagi ni ada pasar minggu kat Sungkai, karang kita pergi la cari makan kat sana. Amcam? Cantek?" Jawab Hanis panjang lebar sambil menunjukkan thumb up.
"Cun..!" Balas Matt ringkas mengayakan thumb up pada Hanis.
"Sekarang ni, hang mandi dulu, dah pukul berapa dah ni woi?" Leter Hanis yang sudah selesai bersiap. Tanpa bantahan, Matt bingkas bangun menuju ke bilik mandi sambil sekali lagi tangan dibawa ke mulut menahan kuap.....

kalau bersama waktu susah senang
dan makan berkongsi pinggan, tu baru
namanya kawan sepanjang zaman
dan makan berkongsi pinggan, tu baru
namanya kawan sepanjang zaman
Peh, ada bakat tulis cerpen. Keep it up !
ReplyDeleteTo be continue ke cerita ni?
ekceli, aku malas nak sambung.
Deleteokay, delete this entri lekaih !
ReplyDeletePeminat novel ombak rindu ni haha
ReplyDelete