lontaran kata,luahan jiwa,jeritan minda...luahkan saja persetan dengan kata mereka...kerna mereka tidak faham apa yang aku rasa ketika ini...
Pelangi
Aku berjalan. Ke sana. Ke sini.
Mencari pelangi itu.
Tak muncul juga.
Kenapa kau sembunyi pelangi ?
Aku dongak ke langit biru.
Mencari pelangi itu. Lagi.
Tak kelihatan juga.
Kenapa kau sembunyi pelangi ?
Aku langsung marah awan.
Awan biar pelangi bersembunyi.
Awan bilang pada aku.
Jika mahu pelangi, tunggu hujan turun.
Aku dongak ke langit. Aku depakan tangan.
Rasa basah di tapak tangan.
Teringat aku pada kata-kata awan.
Jika mahu pelangi, tunggu hujan turun.
Hujan sudah turun. Mulai berhenti.
Aku sudah basah kuyup.
Tapi pelangi tak muncul-muncul juga.
Kenapa kau sembunyi lagi pelangi ?
Pelangi jahat !