|
Flyer |
Pada 12/02/12 bertempat di Sayap Studio, Batang Kali berlansungnya gig tribute to Cromok yang melibatkan band Nailhead sekali... yahhhhooo..!! Memang bangga siott...~ Antara band yang terlibat seperti yang tertera di gambar flyers di atas.. Memang exited la dapat join diorang sekali, semuanye otai-otai, memang tak dapat dinafikan. Diorang pun dah banyak pengalaman main di gig-gig besar, kitaorang The Nailhead ni je yang baru band hingusan nak cari pengalaman.. hehe.. Gig ni dianjurkan oleh gerakan pemuzik-pemuzik dari rawang sendiri yang digelar Rawk One Battlefield Army. So dah memang dah lama diorang rancang gig tribute to Cromok, asyik postpone jer.. akhirnye, berlansung juaa..
|
Cromok |
Bagi sesiapa yang tak mengenali siapa itu cromok, hmmmmhhh.. ak bersimpati pada korang.. Baiklah.. buat pengetahuan korang, band Cromok dibarisi oleh Sam- Bass/Vox Din-Guitar Karl-Guitar dan Mijie-Drummer. Muzik mereka berteraskan Trash Metal dimana mereka aktif pada tahun 1989. (waktu tu aku baru lahir). Mereka mula dikenali di australia dan aktif bermain gig-gig sana. Memang membanggakan la kan band Malaysia pun boleh feymes kat sana.. Perrgghhh.. Memang dahsyat la.. Dari segi muzik mereka pun sangat unik di mana terdapat unsur-unsur melayu di dalam muzik mereka tapi tetap boleh headbanging sampai patah tengkuk!
|
Dari kiri Mijie, Karl, Sam dan Din |
Tidak hairan la mat-mat salleh kat sana boleh layan muzik cromok, dari segi permainan muzik pun mantap! So, malas aku nak citer pepanjang, kome cari la album diorang ni, dan komen la sendiri. Antara lagu yang paling meletup The Ulek yang sangat aku minati masa kecik-kecik dulu :)
Itu jela cerita tentang band Cromok ni, Aku nak cerita lagi memdalam, tak pandai sangat, so aku gitau je ape yang aku tahu pasal diorang. Hope ia berguna buat korang.
Berbalik pada gig tribute to crmok tadi, kami, The Nailhead berhasrat bawa cover lima buah lagu Cromok, iaitu, The Ulek, Misery, Memories, Attracctive Enigma (D'Cromok) dan lagu Intro konsert Cromok. Memang ambil masa yang panjang jugak rrr.. kitaorang nak praktis coz gitaris kami hanis duduk di sungkai hanya datang ketika hujung minggu je.. Arul ngan Wan kerja berlainan shitf ngan aku.. so.. Memang serabut laaa.. Tapi kami nekad nak teruska juaa.. Namun masalah kami tidak berakhir di situ, kerana kami menyedari yang band kami vokalis nak nyanyi.. wargghh.. Agak pelik gak nanti nak perform tak da vokalis.. Tapi mujurlah Fathi dari lying kissed sudi menjadi vox undangan kami.. pergghh.. lega.. Memang terbaek la Mr Fathi, vokal yang brutal, memang perfect rr..
|
Sayap Studio |
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu, pada jam 2.00 petang kami tiba di Sayap Studio Batang Kali tapi still lenggang lagi, kami pun decided pergi mengisi perut yang keroncong dek kelaparan sebab tak breakfast pada pagi tadi.. huhu.. Selesai makan, kami segera pergi ke studio, dan still lengang cuma ada Cik Nora pemilik studio je.. namun kami tanpa berlengah terus membuat sound check pada kira-kira jam 2.30 pm. Pengunjung pun mula datang sedikit, demi sedikit, so masa pun makin lewat, MC pun tak datang-datang (pegi dating katanya), so kitaorang pun teruskan jer pembukaan lagu pertama iaitu Attractive Enigma, diikuti Intro dan lagu seterusnya Misery dan Memories di iringi besama vox mantap Fathi dan lagu terakhir, The Ulek.
Overall, Dari persembahan kami, agak kurang berpuas hati.. Kalau korang ada sana korang boleh la menilainya sendiri. Tapi tak kisah rr.. Janji enjoy, dapat cri pengalaman itu sudah memadai bagi kami. Hope kalau dapat perluang perform lagi, kami pasti akan beri yang terbaik!
|
The Nailhead with Mr Fathi/Vox |
Agak mengejutkan pada hariitu Sam a.k.a vox/bass Cromok datang melawat di gig nih..! Perghhh..!! Legend datang... memang gempak rr.. Aku dengan muka tak malunye pun tak melepaskan peluang bergambar bersama Mr Sam.. heeeee.. bangga siott.. Tak percaya??? Here the picture kat bawah nih
|
kenapa tak pandang kamera Sam?? ==" |
Taraaaaaaaa!! Hahaha.. Nampak tu? nampak tak? Sam tuuu.. Sam segan sebenarnye nak bergambo nih, sebab tu die tak nengok kamera.. hehehe.. Berpeluh Sam baru lepas perform tadi (tempat nih memang panas, aircond ade, macam tak ade..) Buat pengetahuan korang last gig ni ade kejutan sebab Sam mengambil keputusan nak perform. haaaaa.. sukar dipercayai, tapi itulah berlaku. Sam di backup dengan Haris Gitaris Puakerysm dan Hadi sebagai drum. Diorang perform dengan dua lagu iaitu, Misty dan The Other. Memang happeningggg~~ la masa tu, bukan senang nak tengok legend perform..
|
Sam with Puakerysm |
Walaupun dah nampak berusia, skill permainan bass Sam still mantap lagi malah lebih terer dari aku..huhu.. Bak kata perpatah, lagi tua, lagi menjadi! Perut pun dah boroi orang tua ni.. hahaha..
|
Arul with Hanis |
Overall kitaorang enjoy gig ritu. Aku pun memang penat gile sampai kepala pun peningg-pening pusing-pusing dah masa tu.. so kitaorang pun blah chiow jam kira-kira 6.40 pm ... OK lah! Sampai disini je la aku nak cerita. Kalau ade lagi cerita menarik, aku cerita lagi errkk.. K CHIOW~~!!
No comments:
Post a Comment