lontaran kata,luahan jiwa,jeritan minda...luahkan saja persetan dengan kata mereka...kerna mereka tidak faham apa yang aku rasa ketika ini...

My Band

Aku dah lama bergelumang dalam bidang muzik ni, tapi tu la ramai yang tak kenal lagi dengan band aku yang hebat ni! Haisshh..! Diorang ni tak tahu perkembangan semasa ke?? Kat umah takde TV ngan radio ke?? (berangan lebih..) Tak mengapa la.. Untuk peminat-peminat semua, kat sini aku nak kenal tiga buah band yang pernah aku anggotai. here we go!



Band Pertama:
D.O.T 3

Dari kiri Wan/Padil/Mamat
















Ini lah band pertama aku.. Cool kan?? Kami dianggotai Padil sebagai guitar, Wan sebagai drummer dan aku sebagai bassit/vocal. Aku sebenarnya tak nak jadi vocalist. Namun setelah melihat Padil menyanyi tidak ubah seperti Wiliam Hung, aku terpaksa juga memaksakan diri aku jadi vokalist.. Kalau nak mengharapkan Wan, memang tak boleh la sebab dia dah pukul drum gila babi, nak nyanyi kejadahnya?? Walaupun suara aku tak beberapa sedap, tapi ok sikit la berbanding Padil aka Wiliam Hung. Lantak la orang nak cakap aku nak jadi vocal sebab gila glamour (memang pun) ke hape ke, janji ade vokalist.. Band kami bergenrekan Punk Rock macam Greenday tuu.. Band kami tertubuh pun sebab ingin bertanding dalam battle of the band anjuran Perodua tahun 2010. Di sebabkan aku ngan padil sudah lama bermain alat muzik ni, rasa rugi pulak tak tonjolkan bakat yang kami ada, so kami nekad nak masuk! Kami bernasib baik dapat berkenalan dengan Wan yang mempunyai bakat memukul drum yang suberb! Cara dia bermain tidak ubah seperti Travis Barker (drummer Blink 182). Memang sesuai la dengan muzik yang hendak kami bawa! Maka tertubuhlah D.O.T 3.. Nama D.O.T 3 terhasil dari buah fikiran Padil yang diambil dari minyak brek motor.. Kenapa minyak brek motor?? Hurmm.. Dah kusut sangat nak pilih nama band, so ambil je la nama tu.. Unik bukan?? Sampai ada orang tanya 'ape maksud D.O.T 3 tu?' Aku cakap  'ade maksud die tapi rahssiaaaa~' kakakakaakk! Padahal minyak brek motor je pun..   =="


Band Kedua:
The Luffman Syndicate

Dari kiri belakang: Mamat/Black/Panjang
Depan: Pian    
 *muke aku penuh dengan keegoan.. chaitt!





























Ini band kedua aku dan homemate aku juga, The Luffman Syndicate. Muzik kami bergentrekan Brittpop/Rock n Roll. Kami dianggotai oleh Pian sebagai guitar/keyboardist, Panjang sebagai guitar, Black/Jais sebagai drummer dan aku sebagai bassit. Band ini sudah lama tertubuh. Aku diajak oleh Pian masuk untuk menggantikan bassit The Luffman Syndicate yang asal telah keluar.So, aku pun join je laa.. haha! Aku memang minat juga muzik brittpop ni. Bass line yang berbunga-bunga yang funky lagi rock n roll gitu. Kami kerap berjamming bersama sehingga dekat rumah sewa kami pun pun ade studio sendiri. Tidak hairan la hari-hari kami memekak sampai india sebelah rumah berang komplen kat kami.. sorii aaa aciii...~~ Kami sudah ada lagu sendiri, tapi tak tau la bila kami nak recordkan.. Mybe suatu hari nanti.. so, nantikan...~~
The Luffman Syndicate at Battle of the band Perdua 2011























Band Ketiga:
The Nailhad

Dari kiri: Wan/ Anih/ Mamat /Arul
Cover Komik Hero
Flyer gig The Nailhead

Band yang ketiga aku dan yang paling terbaru, The Naihead! Kami dianggotai oleh Anih sebagai lead guitar, Arul sebagai drummer, Wan sebagai rythm dan aku yang tidak lain tidak bukan sebagai bassit! Kami bermain muzik yang lebih cenderung ke arah metal. Kami tertubuh setelah Anih dan aku berjamming bersama arul yang ketika itu sudah keluar dari band lamanya Untill You Bleed. Setelah puas berjamming bersama, Arul mengambil keputusan menubuhkankan band ini untuk bermain gig yang dianjurkan Rawk One Battlefield Army ketika itu. Anih yang baru sahaja pulang belajar dari Yaman ketika itu, bersetuju untuk menubuhkan band ini. Aku dengan anih pun dah memang 'ngam' berjamming bersama dari zaman sekolah dulu, so aku ok jee.. Kekosongan di bahagian rythm pula di isi oleh wan yang pernah bersama dengan Arul dengan band Sutera. Nama The Nailhead diambil daripada karekter band Punk di dalam komik karya Zint iaitu Hero yang mengisahkan pejuangan muzik street rock yang sangat aku kagumi jalan ceritanya sehingga manjadi inspirasi bagi aku. Moga dengan nama The Nailhaead ini dapat menjadi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain.. Amin.. hehehe..

No comments:

Post a Comment